Wednesday, February 11, 2009

SIAPA ORANG YANG DIUTAMAKAN UNTUK MENJADI IMAM

SIAPA ORANG YANG DIUTAMAKAN UNTUK MENJADI IMAM
Sekiranya terdapat beberapa orang yang layak menjadi imam, maka orang yang mempunyai ciri-ciri berikut hendaklah diutamakan ;
1. Yang lebih faqqih tentang hukum-hukum dalam solat.
2. Orang yang lebih qiraatnya atau mahir membaca al-quran
3. Orang yang warak dikalangan mereka
4. Orang yang lebih dahulu berhijrah atau yang menunaikan haji
5. Orang yang lebih dahulu memasuki Islam
6. Orang yang berbangsa arab
7. Anak orang soleh atau alim
8. Orang yang mashur namanya dengan kebajikan
9. Orang yang lebih bersih kain atau pakaiannya
10. Orang yang lebih bersih badan atau tubuhnya
11. Orang yang lebih pandai kepandaian
12. Orang yang lebih baik suaranya
13. Orang yang lebih elok paras rupanya

Ketahuilah bahawa tertib ini hanya menjadi panduan untuk memilih siapakah yang lebih layak untuk dipilih menjadi imam ratib atau imam semasa jika sesuatu tempat itu tiada imam. Jika sesebuah masjid atau tempat itu sudah mempunyai imam ratib, maka imam ratib itu yang lebih layak mengimami solat walaupun ketika itu ada orang yang lebih alim dating ketempat itu, seperti pengajar-pengajar agama, ustaz-ustaz yang mengajar kelas-kelas dewasa atau kelas fardu ain dan sebagainya. Namun demikian jika imam ratib itu sudah mempersilakan seseorang yang lebih utama dari dirinya menurut ciri-ciri di atas, maka bolehlah orang itu mengimami solat itu.
Juga perlu diketahui, hanya sultan sahaja yang jika ia menziarahi kemana sahaja kawasan jajahannya, ia lebih layak menjadi imam walaupun ada imam ratib.
(Sila rujuk Sabil al-Muhtadin juzuk ke dua halaman 37-38)




Dipetik daripada kitab karangan Ustaz Muhammad Khidir Bin Hussin Bin Ibrahim : takmilatu ziadatu al-I’anah fi majmu’I ahami solatu al-jamaah

No comments:

Post a Comment